Jika di IPTA /IPTS markah tambahan boleh diperolehi dengan kredit-kredit tertentu seperti assigment, kerja-kerja luar, kehadiran dan keaktifan seseorang dalam berpersatuan .Tetapi di Universiti yang tertua ini bukan begitu, markah 100 % berdasarkan kepada kertas pepriksaan . Apa yg dihafal dan difahami itulah yang akan diluahkan di atas kertas peperiksaan dan itulah natijahnya. Begitulah uniknya sistem pengajian di universiti tertua ini . Bukan tidak bersistem, tetapi itulah sistemnya.
Bermula 19 Mei dan berakhir 19 Jun genaplah sebulan semua kertas soalan di lalui. Pelbagai masalah, dugaan dan cabaran yang harus dilalui bagi menguji sejauh mana ilmu ini. Begitulah peperiksaan menguji tahap ilmu seseorang. Kita telah beusaha dan semoga Allah saja yang menetukannya.
Sekarang ini masa untuk kita berdoa dan bertawakal. Bukannya masa untuk melepaskan geram mengadap movie-movie hingga ke malam, membayar hutang-hutang tidur yang tertunggak dan melepaskan segala dosa dan noda yang di tahan-tahan selama ini dek imtihan. Itulah hakikatnya kita sebagai manusia yang sering alpha dan lalai . Apa yang penting adalah istiqamah dan berterusan dalam amalan .
Rasanya jika mampu untuk kita lukiskan graf keimanan kita, saya percaya dan yakin graf keimanan kita meningkat begitu tinggi dimusim peperiksaan ini. Jadi jangan kita sia-siakan peluang dan semangat yang berbaki ini untuk kita terus istiqamah. Mari kita tanya diri sendiri:
Jika masa peperiksasaan aku mampu menghabiskan satu juzuk sehari
Mengapa tidak selepas peperiksaan?
Jika masa peperiksaan aku mampu untuk bangun malam dan istiqamah dengan amalan sunatku..
Mengapa tidak selepas peperiksaan ?
Jika masa peperiksaan aku mampu menghabiskan satu kitab setebal 300 mukas surat dalam masa 3 hari..
Mengapa tidak selepas peperiksaan ?
Jika masa peperiksaan aku mampu menahan diri ini dari dosa dan maksiat...
Mengapa tidak selepas peperiksaan ?
Segalanya terpulang kepada diri kita sendiri . Tidak dapat dinafikan mungkin kita sibuk dengan pelbagai rancangan, program-program persatuan dan sebagainya.Tetapi bukannya alasan untuk kita leka dan meninggalkan segala amalan-amalan kita semasa peperiksaan . Menurut kaedah Feqh pun : Jika tidak dapat melakukan semua pun jangan ditinggalkan semuanya.
Tidak lupa juga disini sebagai sedikit coretan , setelah selesai musim pepriksaan ini kita dikejutkan dengan berita kematian sahabat kita yang mati dibunuh baru-baru ini di Mesir . Bukannya untuk bercerita kerana ramai yg telah bercerita tentang kematian sahabat kita ini , tetapi berapa ramaikah antara kita yang mengambil iktibar dari kematian ini. Suka saya kaitkan kematian ini dengan peperiksaan kerana ada kaitan antara keduanya. Cuba bayangkan dua situasi ini dalam diri seorang pelajar :
1) Mengetahui tarikh peperiksaan.
2) Tidak mengetahui tarikh peperiksaan , dan akan dijalankan pada bila- bila masa.
Saya percaya dan yakin kita akan lebih bersedia dan ada yang mengambil peluang untuk study las minute pada situsi pertama dan jika berhadapan situasi kedua , rasanya kita tidak akan
berpisah dengan buku ataupun nota jika mahu berjaya.
Begitulah juga denagn mati yang tidak mengenal umur dan usia . Ianya akan dtang bila-bila masa . Renungilah kata-kata Saindia Umar : Orang yang bijak adalah orang yang banyak mengingati mati .
Moga coretan yang sedikit ini , mampu menjadikan kita saling mengingati.



