Rasanya sudah lama jari ini tidak menari di keybaoard komputer menaip artikel-artikel dan isu-isu terkini yang berlaku.Bukan tak nak tukar entry tu tapi memandangkan peperiksaan akhir semester untuk para pelajar azhar sekaramg ini sedang berlangsung.Peperiksaan akhir semester kini telah bermula dari 20hb Mei hinggalah dijangkankan berakhir pada pertengahan bulan Enam.
Jadi, memandangkan saya sendiri ada empat madah(matapelajaran) yang perlu diambil maka segala kerja-kerja menulis artikel mahupun memake-up blog dihentikan buat sementara waktu untuk memberikan tumpuan sepenuhnya pada peperiksaan.InsyaAllah,akan disambung selepas peperiksaan berakhir.Untuk tatapan para sahabat sekalian saya sertakan sekali jadual peperiksaan akhir semester kali ini yang saya ambil.
Jadual Peperiksaan Akhir Semester (2005/2006) Tahun Dua, Kuliah Syariah Dan Undang-Undang,Jabatan Syariah Islamiah,Universiti Al-Azhar Kaherah,Mesir.
-AL-Quran (22 Mei 2006)
-Feqh Muqaran (25 Mei 2006)
-Usul Feqh (5 Jun 2006)
-Ahwal Syakhsiah (12 Jun 2006)
*semua peperiksaan akan berlansung pada jam 1:30 ptg hingga 4:30 ptg bersamaan 6:30 ptg waktu Malaysia.
Akhir kata,dikesempatan ini saya ingin memohon maaf atas segala salah silap dan minta dihalalkan makan minum supaya saya dapat menduduki peperiksaan dengan tenang.Kami pelajar-pelajar disini juga mohon doa ibu bapa,saudara mara dan sahabat-sahabat agar mendoakan kejayaan kami dalam peperiksaan kali ini.Kejayaan ini tidak lain dan tidak bukan adalah untk kejayaan Islam dan niat kami hanyalah untuk melihat Islam itu tersebar dan diamalkan bagi menjamin kebahagiaan dunia dan akhirat.
Friday, May 26, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
assalamualaikum..saya dah mengantuk..tapi tetap juga mahu mengomen entri baru ni..mantap lah cik fir..teruskan menulisjangan terbakar dengan orang yang suka membakar..biasala kan..key..wslm
assalamualaikum juga. kawan2 bukan membakar, tp sbg pembakar semangat. kita hidup ni biar jd diri kita sendiri. jgn mudah terpengaruh dgn org lain. biar kita yg merubah keadaan, bukannya kita berubah kerana keadaan, tetapi ikut la masing2... maaf zahir batin ye..
Post a Comment